Isteri Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhammad menyerahkan bakul makanan dan kipas kepada 100 mangsa banjir di Hulu Langat pada 18 Februari 2022. Foto Facebook Masdiana Muhamad Official
BERITA UTAMASELANGOR

Isteri MB serah bantuan makanan kepada mangsa bah, maahad tahfiz Hulu Langat

SHAH ALAM, 18 FEB: Isteri Dato’ Menteri Besar menyerahkan bakul makanan serta kipas kepada 100 mangsa banjir di Hulu Langat, semalam.

Datin Seri Masdiana Muhammad turut mengagihkan air mineral dan biskut kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Mutaqin di Semenyih.

“Bantuan ini mendapat kerjasama Ragad Foundation, The Royal of Perlis serta Kelab Sukan dan Rekreasi Karyaneka.

“Diharap sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa selepas mengalami kerugian dan kehilangan harta benda akibat banjir,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu beliau merupakan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) berkata setiap ahli pertubuhan menerima peruntukan RM2,500 bagi menjayakan program pascabanjir di kawasan masing-masing.

“Bantuan ini melibatkan dana sebanyak RM107,000 termasuk kos untuk kerja pembersihan serta bantuan barangan keperluan,” katanya.


Pengarang :