Orang ramai menunjukkan pas masuk sebelum dibenarkan memasuki Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 3 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDAAGENSIBERITA UTAMANASIONALSELANGOR

Jais: Hanya jemaah lengkap dos penggalak dibenar solat Jumaat di masjid, surau

SHAH ALAM, 27 FEB: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan tatacara operasi piawai (SOP) yang menetapkan hanya jemaah lengkap dos penggalak dibenar menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau negeri ini.

Pengarahnya Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata kenyataan dikeluarkan timbalan ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini bertujuan memaklumkan orang ramai bahawa SOP berkenaan hanya membabitkan umat Islam di Selangor.

“Betul kenyataan yang dikeluarkan Jakim. Maknanya dia (Jakim) memaklumkan bahawa hal ehwal Islam adalah bidang kuasa negeri-negeri.

“Perkara ini sangat jelas tetapi semua pihak yang tidak berkaitan turut diselar macam-macam,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Terdahulu, Datuk Hakimah Mohd Yusoff memaklumkan SOP yang ditetapkan berdasarkan surat pekeliling Jais bertarikh 21 Februari lalu hanya terpakai di masjid dan surau di Selangor.

Beliau berkata Jakim menghormati ketetapan dibuat pihak berkuasa agama negeri ini dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

 


Pengarang :