Pelaksanaan gaji minimum mulai 1 Mei ini akan membabitkan syarikat-syarikat besar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terlebih dahulu. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jelajah JobCare tawar ribuan peluang kerja, mula Sabtu di Klang

SHAH ALAM, 23 FEB: Hampir 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat Selangor melalui Jelajah JobCare di sembilan daerah di negeri ini mulai 26 Februari.

Inisiatif Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sehingga 25 Jun disertai 15 syarikat tempatan pelbagai sektor.

Ketua Penyelaras UPPS Vijayan Subramaniam berkata program itu bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan akibat Covid-19.

Ketua Penyelaras Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) Vijayan Subramaniam bercakap pada sidang media Jelajah JobCare di ibu pejabat UPPS, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15, Shah Alam pada 23 Februari 2022. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI

“Kita mengalu-alukan kedatangan warga Selangor untuk menggunakan peluang keemasan ini selain mendapat bimbingan berkaitan bantuan disediakan Perkeso,” katanya.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, beliau turut berharap usaha tersebut mampu mengurangkan kadar pengangguran di Selangor ketika ini.

“Hasrat kami adalah untuk menangani isu pekerja di Selangor sesuai dengan penubuhan UPPS hasil usaha EXCO Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau,” kata Vijayan.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uppselangor.wixsite.com/my-site.

Berikut tarikh dan lokasi Jelajah JobCare:

1. Klang – Dewan Hamzah (26 Februari)
2. Hulu Selangor – Dewan Seri Garing, Rawang (12 Mac)
3. Petaling – Dewan Serbaguna Camelia, Seksyen 10, Putra Height (26 Mac)
4. Kuala Selangor – Dewan Dato’ Penggawa (26-27 Mac)
5. Petaling – Dewan Serbaguna Camelia Seksyen 10, Putra Height (3-4 April)
6. Sepang – Dewan Taman Gemilang, Dengkil (14 Mei)
7. Hulu Langat – Dewan Demesne (21 Mei)
8. Gombak – Dewan Taman Gombak (4 Jun)
9. Kuala Langat – Dewan Sri Jugra (18 Jun)
10. Sabak Bernam – Dewan Sri Bernam (25 Jun)


Pengarang :