Selangor FC melancarkan jersi perlawanan di tempat lawan yang menampilkan reben penyakit barah sebagai simbol rasmi. Foto Twitter Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Jersi Selangor FC miliki tema bermakna, moga tempa kejayaan musim baharu

SHAH ALAM, 4 FEB: Dato’ Menteri Besar menyifatkan jersi Selangor FC (SFC) di tempat lawan musim ini memiliki tema bermakna.

Dato’ Seri Amirudin Shari mengakui rata-rata peminat teruja dengan reka bentuk jersi pasukan berkenaan.

“Syabas pengurusan SFC ! Semoga musim ini berjaya menempa kejayaan,” tulisnya di Twitter malam ini.

Petang tadi, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor melancarkan jersi SFC di tempat lawan yang menampilkan reben penyakit barah sebagai simbol rasmi.

Tengku Amir Shah yang juga pengerusi SFC bertitah pemilihan reben diletakkan di belakang jersi itu sebagai sokongan kepada pesakit yang berjuang melawan penyakit kronik berkenaan.

Program itu turut menampilkan ketua pasukan SFC Brendan Gan yang berkongsi pengalamannya untuk sembuh barah testis dihidapinya pada Julai tahun lalu

Ketua Pasukan Selangor FC Brendan Gan merupakan bekas pesakit barah yang berjuang melawan penyakit itu sehingga sembuh. Foto Twitter Selangor FC

 


Pengarang :