Petugas kesihatan memberi suntikan pelalian Covid-19 kepada remaja ketika Progam Vaksinasi Komuniti dan Remaja DUN Seri Serdang di Stadium Tertutup MBSJ Serdang Jaya pada 7 November 2021. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kadar Covid-19 turun hampir 2,000 kepada 26,832 kes, kategori serius kekal rendah

SHAH ALAM, 21 FEB: Jangkitan harian Covid-19 menurun hampir 2,000 kes semalam kepada 26,832 pesakit dan kes serius atau kategori 3, 4, dan 5 masih rendah iaitu 133 kes atau 0.5 peratus.

Kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) pula merekodkan sebanyak 26,699 kes atau 99.50 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 133 kes Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, seramai 29 kes atau 21.8 peratus membabitkan pesakit yang tidak menerima vaksinasi atau belum lengkap vaksinasi.

“Daripada 26,832 kes harian yang dilaporkan pada 20 Februari 2022, sebanyak 104 pesakit atau 78.19 peratus membabitkan individu yang tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi atau telah menerima dua dos vaksin Covid-19,” katanya di Twitter.

Bakinya membabitkan 29 kes atau 21.8 peratus bagi individu yang telah menerima dos penggalak, 62 kes atau 46.62 peratus yang berumur 60 tahun dan ke atas, 47 kes atau 35.34 peratus yang mempunyai komorbid dan enam kes atau 4.51 peratus bagi ibu mengandung.

Pecahan kes mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kategori 1 : 8,469 kes (31.56 peratus)
Kategori 2 : 18,230 kes (67.94 peratus)
Kategori 3 : 66 kes (0.25 peratus)
Kategori 4 : 38 kes (0.14 peratus)
Kategori 5 : 29 kes (0.11 peratus)

Dr Noor Hisham berkata sebanyak  37 kes daripada keseluruhan 26,832 kes direkodkan meninggal dunia semalam, termasuk 10 kematian di luar hospital.

 


Pengarang :