Ahli Dewan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar (empat, kanan) bersama Pengarah Urusan KDEB Waste Management Ramli Mohd Tahir (tengah) bergambar bersama penerima selepas menyampaikan bantuan persekolahan ketika Program Kembali ke Sekolah DUN Seri Setia bersama KDEBWM di TH Hotel, Kelana Jaya pada 8 Februari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

KDEBWM sedia RM600,000 untuk CSR, tumpu pelajar dan asnaf

PETALING JAYA, 9 FEB: Sekitar RM600,000 diperuntuk KDEB Waste Management (KDEBWM) bagi menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang tahun ini.

Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata dana itu bagi melaksanakan aktiviti kebajikan antaranya bantuan kepada pelajar sekolah, asnaf fakir dan ibu tunggal.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management Ramli Mohd Tahir

Menurutnya, inisiatif itu termasuk agihan zakat dan penyediaan tong sampah besar (leach bin) dan Mobile Garbage Bin (MGB) di kawasan yang memerlukan.

“Jumlahnya mungkin tidak banyak tetapi sekurang-kurangnya kita cuba salurkan untuk aktiviti CSR.

“Kita pertimbangkan secara adil dan saksama pemberian bantuan, namun keutamaan untuk menjaga kebersihan di Selangor kerana jumlah janaan sampah negeri ini tinggi,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Kelengkapan Sekolah di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya semalam yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar.

Dalam majlis itu, seramai 64 pelajar sekolah rendah sekitar Dewan Undangan Negeri Seri Setia menerima kelengkapan sekolah seperti baju, seluar, kasut, beg dan alat tulis.


Pengarang :