Ng Sze Han menerangkan kepada penduduk mengenai penutupan jalan di Persiaran Bukit Jalil bagi kerja pemasangan paip Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2/ FB Ng Sze Han.
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Kerjasama penduduk mudahkan proses pemasangan paip Loji Rawatan Langat 2

SHAH ALAM, 21 FEB: Ahli Dewan Negeri Kinrara memohon kerjasama penduduk berhubung penutupan jalan di Persiaran Puncak Jalil bagi membolehkan pemasangan paip Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 berjalan lancar.

Ng Sze Han berkata terdapat rungutan daripada masyarakat sekitar namun projek perlu diteruskan supaya bekalan air terawat dapat diagih ke kawasan perumahan.

“Paip terpaksa dipasang pada bahagian kanan kerana terdapat aset utiliti lain di lorong kiri. Ini menyebabkan keseluruhan jalan terpaksa ditutup.

“Penduduk tidak perlu risau kerana semua pihak bersetuju untuk mengutamakan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya,” katanya di Facebook hari ini.

EXCO kerajaan tempatan itu berkata aliran trafik lebih sesuai akan diumumkan minggu ini sekali gus memudahkan pengguna jalan raya.

“Kontraktor juga akan berusaha menyiapkan projek sebelum April memandangkan ada bazar Ramadan yang beroperasi di kawasan berkenaan,” katanya.

Jalan berkenaan ditutup sejak Khamis lalu dan dijangka siap pada 17 April ini.


Pengarang :