Pengguna jalan raya terpaksa meredah banjir untuk ke Klang berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di Jalan Sungai Kandis, Shah Alam pada 18 Disember 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Klang, Kuala Langat dijangka alami ribut petir dan hujan lebat

SHAH ALAM, 1 FEB: Dua daerah di Selangor, Klang dan Kuala Langat dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 12 tengah hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Twitter, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan yang dikeluarkan pada jam 8.45 pagi itu.

MetMalaysia memaklumkan Sarawak juga diramal berdepan cuaca sama iaitu di Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.


Pengarang :