EXCO Pembangunan Genarasi Muda dan Sukan, Mohd Khairuddin Othman (tengah) bergambar bersama Pasukan badminton lelaki negara selepas muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City pada 20 Februari 2022. Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 3-0 pada peringkat akhir kejohanan itu. Foto HAFIZ OTHMAN
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Lebih 1,000 penyokong rai kejayaan skuad negara juara Badminton Asia

SHAH ALAM, 20 FEB: Kejayaan skuad lelaki negara meraih kejuaraan sulung Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 hari ini dirai lebih 1,000 penyokong.

Laungan  ‘tahniah, I love you, Malaysia’ kedengaran di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) selepas mata kemenangan diraih pemain perseorangan kedua negara, Ng Tze Yong.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan berkata jumlah kehadiran itu merangkumi di dalam dan luar pusat konvensyen menerusi skrin gergasi.

Skuad badminton negara meraikan kemenang ketika perlawanan akhir melawan Indonesia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 20 Februari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Ini adalah perkara mengembirakan buat sukan di Selangor kerana kita negeri pertama yang menganjurkan pertandingan di peringkat antarabangsa selepas dua tahun,” Mohd Khairuddin Othman.

Beliau yang juga EXCO sukan mengucapkan tahniah dengan semangat pemain kerana berjuang dengan penuh semangat demi mengharumkan nama negara.

“Kita juga bangga kerana ini sejarah pertama kali Malaysia menang kejuaraan Asia dan lebih-lebih lagi kita menjadi tuan rumah,” katanya.

Kejohanan selama enam hari mulai 15 Februari lalu ditaja Kerajaan Selangor serta anak syarikat antaranya Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Invest Selangor.

Selangor buat julung kali menjadi tuan rumah BATC 2022 yang diselaraskan Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Malaysia.

Situasi dan reaksi penonton ketika Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 19 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :