SHAH ALAM, 15 FEB: Jangkitan harian Covid-19 melonjak kepada 22,133 kes hari ini selepas berada pada paras 21,000 selama dua hari berturut-turut.
Namun ketua pengarah kesihatan menjelaskan 21,987 kes atau 99.34 peratus dalam kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (bergejala ringan).
“Daripada kes yang dilaporkan hari ini, 146 kes (0.66 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter.
Majoriti pesakit dalam kategori 2, berikut pecahan kes mengikut kategori:
– Kategori 1: 5,831 kes (26.34 peratus)
– Kategori 2: 16,156 kes (73 peratus)
– Kategori 3: 102 kes (0.46 peratus)
– Kategori 4: 24 kes (0.11 peratus)
– Kategori 5: 20 kes (0.09 peratus)
Jumlah terkumpul di negara ini 3,083,683 kes.