Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menang ke atas pemain Jepun Hatano Riku 15-21, 21-6 dan 21-15 pada aksi terakhir peringkat kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 18 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Lima skrin gergasi dipasang, mudahkan tonton separuh akhir Badminton Asia

SHAH ALAM, 19 FEB: Lima skrin gergasi disediakan di luar Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini bagi memudahkan peminat menonton perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Mohd Khairuddin Othman berkata inisiatif tersebut berikutan jumlah penonton dibenarkan ke gelanggang terhad 200 orang bagi setiap sesi pertandingan.

“Kita terima permintaan menggalakkan malah ada penonton yang sanggup menunggu di luar SCCC bagi menggantikan kekosongan kerusi,” katanya menambah pemasangan skrin bergantung keadaan cuaca.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin yang juga EXCO pembangunan sukan berkata bilangan kerusi akan ditambah kepada 800 jika skuad negara layak ke perlawanan akhir.

Malaysia ke peringkat separuh akhir selepas skuad lelaki menjuarai Kumpulan B manakala skuad wanita mendahului Kumpulan Y dengan kedua-duanya dijadual menentang Korea Selatan.

Segelintir penyokong yang hadir memberi sokongan ketika aksi terakhir kumpulan B menentang Jepun pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 18 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :