Wisma MAIS di Seksyen 3, Shah Alam menawarkan 30 unit rumah sewa dengan kadar RM500 sebulan. FOTO ARKIB SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Mais tawar 30 unit rumah sewa serendah RM500 untuk penjawat awam, swasta

SHAH ALAM, 16 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menawarkan 30 unit rumah sewa di Seksyen 3 di sini untuk kakitangan kerajaan dan swasta.

Agensi itu memaklumkan kediaman tiga bilik dan dua bilik air di Wisma Mais itu ditawarkan kepada mereka yang berkeluarga sahaja serta mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM5,000.

“Sewa RM500 ditawarkan bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor kerajaan manakala bagi sektor swasta nilai sewaan ialah RM600.

“Mereka yang berminat dengan rumah berkeluasan 600 kaki persegi ini boleh mendapatkan borang permohonan sewaan di laman web www.mais.gov.my/sewaan/,” katanya menerusi kenyataan.

Antara kemudahan terdapat di bangunan ialah kawalan keselamatan 24 jam, sistem kamera litar tertutup, 220 kawasan parkir terbuka, surau dan perpustakaan wakaf serta berdekatan restoran dan kedai runcit.


Pengarang :