Pemanah dari pasukan Sarawak ketegori Recurve Berkumpulan Lelaki beraksi ketika Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan di Stadium MPKJ, Bandar Baru Bangi pada 13 Februari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI sedia peruntukan, penganjur sukan dipelawa mohon dana

BANGI, 14 FEB: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyediakan sejumlah peruntukan setiap tahun bagi membantu semua pihak menjayakan program sukan.

Sehubungan itu Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Ahmad Azri Zainal Nor mempelawa mana-mana penganjur yang memerlukan dana untuk membuat permohonan.

“Sama ada di peringkat daerah atau negeri, kita akan terima. MBI akan cuba membantu demi naikkan semangat kesukanan.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Ahmad Azri Zainal bercakap kepada media ketika Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan di Stadium MPKJ, Bandar Baru Bangi pada 13 Februari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Peruntukan dengan sejumlah nilai itu termasuk kepada pasukan bola sepak Selangor. Tahun lalu juga kita belanjakan kira RM20,00 untuk persediaan pasukan ragbi Selangor ke Sukan Malaysia serta kejohanan memanah peringkat negeri,” katanya.

Beliau ditemui di Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 1/2022 yang berjalan sejak Selasa hingga semalam di Stadium Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini.

MBI menaja RM15,000 pada kejohanan selama enam hari itu termasuk kepada atlet pasukan memanah Selangor.

“Sumbangan ini rentetan dari penajaan kita pada kejohanan memanah peringkat negeri Disember tahun lalu di Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Kita harap inisiatif ini dapat memudahkan urusan penganjur dalam melahirkan lebih ramai atlet yang mampu mengharumkan nama negara,” katanya.

Pertandingan melibatkan 442 peserta itu turut mendapat tajaan Elda Archery dan Al Fadzil Agency.


Pengarang :