Anggota Rela menjaga laluan masuk dan keluar bagi memastikan pengunjung mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) di Bazar Ramadan Taman Delima, Kajang pada 14 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPKj buka 33 lokasi bazar, tiga karnival Ramadan tahun ini

SHAH ALAM, 25 FEB: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meluluskan pembukaan 33 tapak bazar Ramadan dalam kawasan pentadbirannya untuk tahun ini.

Yang Dipertua Najmuddin Jemain berkata mesyuarat jawatankuasa kawalan perniagaan dan penjaja turut meluluskan penganjuran tiga karnival Ramadan bagi memudahkan masyarakat mendapat keperluan raya.

“Pemohon dan penganjur yang berjaya diwajibkan hadir taklimat pada 3 Mac bertempat di Hotel Bangi Resort. Surat tawaran akan diserahkan pada sesi berkenaan,” katanya berucap dalam majlis mesyuarat bulanan hari ini.

Pada 21 Februari EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenal pasti lebih banyak lokasi bazar bagi mengelak kesesakan pengunjung.

Langkah itu akan memudahkan pemantauan serta memastikan peniaga dan pengunjung patuh tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan.


Pengarang :