Pasukan futsal wanita Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjulang trofi kejuaraan Kejohanan Republic of Futsal (ROF) musim 2021 pada 14 Februari 2022. Foto Unit Komunikasi Korporat MBPJ
PBTSELANGOR

Pasukan wanita MBPJ ungguli saingan, muncul juara futsal

SHAH ALAM, 16 FEB: Pasukan futsal wanita Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengungguli saingan Kejohanan Republic of Futsal (ROF) musim 2021 yang menutup tirai kelmarin.

Unit Komunikasi Korporatnya memaklumkan pasukan itu mencatat 11 kemenangan dan tiga seri dalam pertandingan disertai lapan pasukan di ROF Petaling Jaya sejak 10 Oktober tahun lepas.

Menurutnya, kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM1,200 berserta hadiah iringan.

“Pertandingan itu julung kali diadakan bagi futsal wanita. Lebih manis penjaga gol pasukan dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan,” katanya menrusi kenyataan.

Menurut unit berkenaan, kejohanan tersebut sebelum ini terpaksa dihentikan sementara susulan pandemik Covid-19.

“Secara keseluruhan, sebanyak 14 perlawanan secara timbal balik diadakan sama ada di tempat sendiri dan lawan,” katanya.


Pengarang :