Ahli Dewan Negeri Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (kiri) turun padang menyampaikan bantuan sekolah kepada pelajar di kawasannya pada Disember 2021. Foto Pejabat ADN Meru
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Penduduk susah di DUN Meru dipelawa mohon bantuan sekolah

SHAH ALAM, 15 FEB: Warga Meru yang kurang berkemampuan dipelawa memohon bantuan Kembali ke Sekolah 2022 di pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) itu selewat-lewatnya Jumaat ini.

Bantuan terhad untuk 60 penyertaan terawal khusus bagi pelajar sekolah rendah dan menengah dengan pendapatan isi rumah bawah RM2,000 serta ibu bapa pengundi atau pemastautin Meru.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, pusat khidmat itu memaklumkan pemohon juga mestilah bukan penerima kad Kasih Ibu Smart Selangor atau Lembaga Zakat Selangor.

Mereka yang layak perlu mengemukakan salinan kad pengenalan ibu atau bapa dan anak, surat cerai atau sijil kematian, penyata gaji atau pengesahan pendapatan dari ketua kampung.

“Sekiranya syarat-syarat mencukupi, sila bawa dokumen tersebut dan terus isi borang di pejabat,” maklum pusat khidmat tersebut.

Borang boleh didapati Pusat Khidmat Masyarakat Meru, No 1, Jalan Nenas Sarawak KU10, Taman Saujana off, Persiaran Hamzah Alang, Klang pada waktu pejabat.

 


Pengarang :