Pengunjung merakam gambar kenangan di mercu Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 6 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Persembahan silap mata di Selangor Fruit Valley Ahad ini

SHAH ALAM, 23 FEB: Penghibur silap mata antarabangsa Mohd Hafidz Osman akan menceriakan pengunjung Selangor Fruit Valley (SFV) pada 27 Februari ini.

Pengurus pemasarannya berkata Mohd Hafidz atau sinonim dengan panggilan Hafidz the Wizard akan mempersembah pelbagai aksi silap mata di Eco Bridge mulai jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

“Persembahan silap mata adalah tambahan tarikan di SFV. Apabila pengunjung datang pada waktu persembahan ini, mereka akan dihiburkan dengan aksi memukau Hafidz the Wizard.

“Justeru, mereka yang menggemari persembahan silap mata diharap tidak melepaskan peluang ini. Boleh bawa bersama anak-anak supaya mereka juga dapat mencipta pengalaman baharu di sini,” kata Nur Rashidah Mohamed Raihan kepada Selangorkini.

Sementara itu, beliau berkata pengunjung akan dibawa menaiki tram mengelilingi ladang SFV sebaik selesai persembahan tersebut.

Menurutnya, tiket masuk adalah RM15 bagi dewasa manakala kanak-kanak dan warga emas RM10.

SFV membabitkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar di Bestari Jaya mempunyai 20 jenis buah-buahan seperti belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

Berikut persembahan aksi silap mata akan ditampilkan:

1. Carmina Burana (aksi meja terapung)
2. Cerita bagaimana saya menjadi ahli silap mata (rutin putaran tangan)
3. Rutin manipulasi kad
4. Cerita petik poket (rutin pasang surut Kella Hand)
5. Haiwan kesayangan saya (rutin bola zombie)
6. Cincin penghubung
7. Rutin Cha Cha Cha
8. Rutin putuskan tongkat
9. Rutin bola span

Penghibur silap mata antarabangsa Mohd Hafidz Osman mempamerkan persembahan silap mata pada 15 Jun 2021. Foto Facebook wizardentertainmentmalaysia

Pengarang :