Orang ramai yang menyertai program kitar semula minyak masak anjuran Team Selangor di Tapak Pasar Malam Bandar Tasik Puteri. Foto Facebook Team Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Program kitar semula berjaya kumpul 799 kg minyak masak terpakai

SHAH ALAM, 21 FEB: Sebanyak 799 kilogram (kg) minyak masak terpakai berjaya dikumpul menerusi program kitar semula anjuran Team Selangor di tujuh lokasi ditetapkan.

Ketua sekretariatnya berkata tujuh kawasan itu adalah Bandar Tasik Puteri, Bukit Beruntung, Ampang, Taman Medan, Hulu Bernam, Kajang dan Kuang.

Syahaizel Keman menjelaskan program itu mula dilaksanakan sejak empat bulan lalu iaitu pada 6 November tahun lalu dan berakhir kelmarin.

“Kami akan meneruskan program ini bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan mengitar semula minyak masak terpakai sekali gus dapat menjaga alam sekitar.

“Kami harap usaha ini terus mendapat sambutan kerana banyak manfaat diperoleh daripada aktiviti kitar semula,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, semalam sebanyak 113 kg minyak masak terpakai berjaya dikumpul daripada orang ramai dan peniaga sekitar Kuang.

Program di lokasi itu turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Selayang dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Kuang.

“PWB Kuang turut mengadakan demostrasi pembuatan sabun daripada minyak masak terpakai. Kami harap insiatif ini mampu menyedarkan masyarakat berhubung kepentingan penjagaan alam sekitar,” katanya.


Pengarang :