Ir Izham Hashim menyampaikan sumbangan kepada rumah kebajikan serta persatuan di Ampang pada 11 Februari 2022. Foto Facebook Izham Hashim
ADNSELANGOR

Pusat kebajikan, persatuan di Ampang terima sumbangan wang tunai

SHAH ALAM, 13 FEB: Sebanyak RM70,000 disumbangkan kepada rumah kebajikan serta persatuan di Ampang pada Jumaat bagi kegunaan penghuninya.

Bantuan merupakan sumbangan syarikat pengeluar makanan THC Sdn Bhd dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Pandan Indah, kata Ir Izham Hashim.

“Sumbangan diagihkan RM20,000 kepada rumah kebajikan RUMAH KITA, Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/Aids Iman Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Tangham Illam manakala Mesra Home terima RM10,000.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu kerja kebajikan dan amal yang dijalankan pihak pengurusan pusat dan persatuan ini,” kata wakil rakyat itu di Facebook.


Pengarang :