Selangorkini
EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail menyerahkan geran peralatan kepada penerima Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) di Taman Desa Utama, Klang pada 9 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Sedia dana RM2 juta, peniaga kecil terkesan bah boleh mohon bantuan

KLANG, 9 FEB: Sebanyak RM2 juta diperuntuk Kerajaan Negeri untuk membantu peniaga terkesan akibat banjir yang melanda pada Disember lalu.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata permohonan di bawah inisiatif Geran Dana Usahawan Mikro boleh dibuat menerusi pejabat daerah.

“Kerajaan Selangor melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) sedang menyasarkan bantuan kepada peniaga yang terkesan, bagi tujuan ini kita peruntuk dana sebanyak RM2 juta.

“Kita sasar antara 100 hingga 200 peniaga yang memohon. Syaratnya mereka perlulah peniaga kecil dengan pendapatan perniagaan tidak melebihi RM300,000 setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan geran peralatan dan meninjau peniagaan peserta Program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) di Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Beliau berkata Geran Dana Usahawan Mikro diperkenalkan untuk membantu peniaga kecil bagi meningkatkan hasil jualan namun buat masa ini keutamaan diberi kepada peniaga terkesan banjir.

Pada 26 November tahun lepas, Dato’ Menteri Besar memperkenalkan Geran Dana Usahawan Mikro Selangor bagi membantu peniaga kecil negeri ini meningkatkan hasil jualan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sejumlah RM2 juta diperuntuk untuk untuk menjayakan inisiatif itu sekali gus melahirkan peniaga berdaya tahan.

 


Pengarang :