Petugas kesihatan menjalankan ujian calitan kepada orang ramai dalam Saringan Komuniti Covid-19 Fasa 3 Percuma DUN Kajang di Kajang, tahun lalu. Foto ASRI SAPFIE/MEDIA SELANGOR
AGENDANASIONAL

Seramai 4,186 doktor kontrak dilantik jawatan tetap mulai Jun

SHAH ALAM, 10 FEB: Seramai 4,186 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi yang berkhidmat secara kontrak di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  diserap jawatan tetap mulai Jun depan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata lantikan tetap itu melibatkan 3,586 pegawai perubatan, 300 pergigian dan 300 farmasi.

Selain itu, katanya kerajaan juga bersetuju melantik sekurang-kurangnya 1,500 pegawai perubatan pada setiap tahun mulai 2023 hingga 2025.

“Bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan, kerajaan turut bersetuju supaya 800 jawatan tetap pakar perubatan dan 70 pakar pergigian diwujudkan di KKM pada setiap tahun mulai 2023,” katanya menerusi sidang media secara dalam talian hari ini.

Khairy berkata menerusi langkah tersebut, 8,686 perjawatan tetap pegawai perubatan, pergigian dan farmasi diwujudkan sepanjang tempoh 2022 hingga 2025.

Sebelum ini, Gerakan Hartal Doktor di seluruh negara mengambil tindakan drastik untuk tidak bekerja pada 26 Julai tahun lalu susulan kegagalan kerajaan menawarkan perjawatan tetap kepada doktor kontrak.

 

 

 


Pengarang :