Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurnikan watikah pelantikan kepada Dato’ Kaya Maha Bijaya Klang Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi di Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 24 Februari 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan

SHAH ALAM, 24 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Watikah-Watikah Pelantikan serta Darjah Kebesaran dan Bintang Negeri Selangor sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda.

Pada istiadat di Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan di sini hari ini, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengurniakan watikah kepada Dato’ Kaya Maha Bijaya Klang Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi.

Selangor Royal Office melalui Facebook memaklumkan watikah pelantikan turut dikurniakan kepada anggota panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor Dato’ Mohd Shukor Sabudin serta Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor Zalinah Said dan Abdul Halim Abdullah.

Sultan Sharafuddin juga mengurniakan watikah sama kepada Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor Salehan Yatim dan Mohd Tajudin Saifullah Abd Wahab.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Selangor dan Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor turut dikurniakan watikah tersebut.


Pengarang :