Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat perniagaan dan pendapatan bagi pihak Lembaga Zakat Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 24 Februari 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office.
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor berkenan terima zakat bernilai RM26.6 juta

SHAH ALAM, 25 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima bayaran zakat bernilai RM26.6 juta bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Selangor Royal Office menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima zakat di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebanyak lapan syarikat korporat menunaikan zakat perniagaan manakala lima individu menunaikan zakat pendapatan dalam majlis tersebut.

Antara syarikat korporat terlibat ialah Central Sugars Refinery Sdn Bhd, DRB-Hicom Bhd, Sirim Bhd dan Padiberas Nasional Bhd.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail.


Pengarang :