Niel Shofia Fitrah Abdul Muthalib, 18, mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 pada 5 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Team Selangor pelawa calon SPM sertai ulang kaji dalam talian percuma

SHAH ALAM, 19 FEB: Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa menyertai program ulang kaji dalam talian kendalian Sukarelawan Team Selangor yang bermula esok.

Ketua Unit Sekolah Muhamad Haziq Fikri Jasni berkata program Pecutan Akhir SPM 2021 dibuka secara percuma untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) negeri ini.

“Kami menyasarkan seramai 600 pelajar tingkatan lima daripada keluarga B40 yang menetap atau sedang bersekolah di Selangor akan menyertai program ini.

“Tujuan diadakan program ini adalah ingin membantu mereka mempunyai akses dan peluang mengulangkaji pelajaran yang sama dengan rakan-rakan yang lain,” katanya.

Jelas beliau, subjek yang ditawarkan ialah Fizik dan Matematik pada 20 Februari, Sejarah (21 Februari) dan Bahasa Inggeris (22 Februari).

Guru terbabit memberi tips dan bimbingan itu ialah cikgu Afiq (Fizik), cikgu Syamim (Matematik), cikgu Visva (Sejarah) dan cikgu Bella (Bahasa Inggeris).

Mereka yang berminat boleh mendaftar dengan mengimbas QRCode pada poster atau hubungi 0176127269.

 

 


Pengarang :