DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (tiga, kiri) berkenan menyaksikan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 19 Februari 2022. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri). Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tengku Permaisuri Selangor berkenan tonton separuh akhir Badminton Asia

SHAH ALAM, 19 FEB: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat menyaksikan separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 hari ini.

Tengku Permaisuri Norashikin diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Mohd Khairuddin Othman di Pusat Konvensyen Setia City di sini.

Baginda berkenan menonton perlawanan skuad lelaki negara yang menentang Korea Selatan sebagai penentuan ke peringkat akhir selepas menjuarai kumpulan B.

Perjuangan skuad wanita negara ke peringkat akhir BATC terhenti apabila tewas 3-0 pagi tadi, namun layak secara merit ke pusingan akhir Piala Uber 2022 di Bangkok, Thailand pada Mei.

Kejohanan selama enam hari mulai 15 Februari lalu ditaja Kerajaan Selangor serta anak syarikat antaranya Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Invest Selangor.

Selangor buat julung kali menjadi tuan rumah BATC 2022 yang diselaraskan Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Malaysia.

Perlawanan disertai Malaysia, Indonesia, India, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Hong Kong dan Kazakhstan juga disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan dan media sosial.

 


Pengarang :