Anggota bomba Kuala Selangor memantau keadaan air pasang besar di Pantai Remis, Jeram pada 7 November 2021. Foto Bomba Kuala Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tiada limpahan, air pasang besar di Pelabuhan Klang terkawal

SHAH ALAM, 3 FEB: Fenomena air pasang besar yang melanda pesisir pantai Pelabuhan Klang dilaporkan terkawal pagi ini, maklum Unit Pengurusan Bencana Selangor.

Menurut Penolong Pegawai Tadbirnya Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir, paras air laut mencatat bacaan sederhana setinggi 4.9 meter setakat jam 7.33 pagi.

Beliau berkata tiada limpahan besar air dikesan setakat ini yang boleh mengakibatkan banjir serius.

“Setakat ini tiada apa-apa yang berlaku dan keadaan semua terkawal,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Pusat Hidrografi Nasional meramalkan air pasang besar di Pelabuhan Klang dan Sabak Bernam mulai 1 hingga 5 Februari.

Beberapa kawasan lain turut dijangka berdepan fenomena itu ialah Kuala Muda (Kedah), Bagan Datoh (Perak), Batu Pahat dan Pontian (Johor).

 


Pengarang :