Penumpang mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Vietnam setelah kerajaan negara itu membenarkan pembukaan semula beberapa laluan udara domestik ketika tinjauan pada 10 Oktober 2021. Foto REUTERS
AGENDA GLOBAL

Vietnam buka semula laluan udara buat 20 negara termasuk Malaysia

HANOI, 22 FEB: Vietnam setakat ini membuka semula laluan udara antarabangsanya kepada 20 negara dan wilayah, kata seorang pegawai pengangkutan.

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), 20 laluan udara antarabangsa yang dibuka semula ialah Kemboja, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Qatar, Singapura, Taiwan, Thailand, Turki, United Emiriah Arab Bersatu, Laos, China, Perancis, Jerman, United Kingdom, Australia, Rusia dan Amerika Syarikat.

Lapan lagi laluan udara yang belum dibuka semula ialah Brunei, India, Indonesia, Myanmar, Macau, Finland, Itali dan Switzerland, lapor VNA memetik Pengarah Jabatan Pengangkutan di Kementerian Pengangkutan Tran Bao Ngoc, pada sidang media hari ini.

-BERNAMA


Pengarang :