Petugas kesihatan melakukan saringan Covid-19 secara bersasar di Stadium MBSJ Serdang Jaya pada 25 Jun 2021. Foto ASRI SAPFIE/MEDIA SELANGOR
AGENDANASIONAL

Virus Covid-19 merebak pantas kepada 17,134 kes hari ini

SHAH ALAM, 9 FEB: Virus Covid-19 merebak pantas dengan jumlah jangkitan terus meningkat mendadak kepada 17,134 kes hari ini berbanding 13,944 semalam.

Daripada jumlah harian tersebut, 17,048 kes atau 99.5 peratus pesakit lagi berada dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).

Hanya 86 kes, atau 0.5 peratus pesakit, berada dalam kategori 3 (bergejala dengan radang paru-paru), 4 (memerlukan alat bantuan pernafasan) dan 5 (dimasukkan ke unit rawatan rapi).

Menurut angka di portal Covidnow, setakat semalam, Selangor berada di tangga ketujuh dari segi jumlah kes bagi kategori 10,000 penduduk dengan jumlah 38 kes.

Putrajaya, Melaka dan Kedah berada di bahagian tiga teratas dengan masing-masing 79, 47 dan 45 kes dalam kategori tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di seluruh negara ialah sebanyak 2,956,332 kes sejak virus itu menular.

Maklumat terperinci dimuat naik ke laman CovidNow di covidnow.moh.gov.my


Pengarang :