Ahli Dewan Negeri Rozana Zainal Abidin menyumbang alat tulis kepada 387 calon SPM sekitar DUN Permatang. Foto Facebook Rozana
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

Wakil rakyat Permatang agih alat tulis untuk 387 calon SPM

SHAH ALAM, 25 FEB: Sebanyak 387 set alat tulis diserahkan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang hari ini.

Wakil rakyatnya berkata pemberian melibatkan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiram Jaya, SMK Agama Kuala Selangor dan SMK Pengkalan Permatang.

“Sumbangan diberi kepada pengetua serta wakil tanpa bertemu dengan calon SPM bagi menjaga tatacara operasi piawai (SOP) dalam tempoh penularan wabak Covid-19 ini.

“Saya doakan semua calon dapat menjawab dengan lancar, jelas, betul serta tepat,” kata Rozana Zainal Abidin menerusi Facebook hari ini.

Peperiksaan SPM 2021 dijadualkan bermula 2 Mac ini dan berakhir pada 29 Mac.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata susulan jangkitan Covid-19 yang tinggi ketika ini peperiksaan akan berjalan dengan pematuhan SOP.


Pengarang :