Ng Sze Han (dua, kanan) menyampaikan bantuan kepada murid dalam Program Kembali Ke Sekolah anjuran KDEB Waste Management di Dewan Serbaguna MBSJ BK5, Puchong pada 17 Disember 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Warga emas Kinrara lahir Januari, Februari diberi baucar RM100

SHAH ALAM, 14 FEB: Baucar Jom Shopping diberikan kepada ahli Skim Mesra Warga emas (SMUE) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara yang lahir pada Januari dan Februari.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han meminta ahli mengambil baucar bernilai RM100 di pusat khidmat DUN mulai Isnin ini hingga 28 Februari dari 10 pagi hingga 5 petang.

“Giliran datuk-datuk dan nenek-nenek dilahirkan pada Januari dan Februari untuk menerima baucar Jom Shopping RM100. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-80821661,” katanya di Facebook.

Jelas Sze Han sumbangan itu terbuka kepada ahli yang masih belum menerima sebarang bantuan baucar Jom Shopping.

Dalam menghargai warga emas, Kerajaan Selangor memperkenalkan SMUE melalui pemberian manfaat masa hidup sebanyak RM100 setahun dalam bentuk program Jom Shopping.

Menerusi Belanjawan Selangor 2022, sebanyak RM27.5 juta diperuntukkan bagi meneruskan skim berkenaan sepanjang tahun ini.


Pengarang :