Aksi jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia ketika menentang pemain Jepun Hatano Riku pada aksi terakhir peringkat kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 18 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Zii Jia akui selesa bergerak solo, yakin aksi lebih baik

SHAH ALAM, 19 FEB: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengakui lebih selesa beraksi dalam gelanggang selepas bergerak solo secara profesional.

Menurut pemain ketujuh dunia itu, ketenangan dan bermain tanpa tekanan tidak berjaya diperolehi ketika bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Keseluruhan aksi tahun ini bukan baik sangat tetapi yang penting saya seronok dalam gelanggang.
Ini yang saya cari tahun lalu tetapi tidak dapat.

“Sekarang saya gembira. Bila rasa selesa, dapat tampilkan aksi lebih baik,” katanya ditemui pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di sini semalam.

Pemain berusia 24 tahun itu memutuskan untuk keluar daripada badan induk badminton negara dan bergerak secara solo mulai bulan lalu.

Zii Jia, yang juga juara All England akan dibimbing jurulatih kebangsaan Indra Wijaya.


Pengarang :