Dato’ Menteri Besar, Dato’ Amirudin Shari (dua, kiri) bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya, Dato’ Johary Anuar (dua,kanan) menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBSJ 2021 di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam pada 25 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

118 kakitangan MBSJ terima anugerah cemerlang 2021

SHAH ALAM, 26 MAC: Seramai 118 kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2021 semalam.

Datuk Bandarnya berkata anugerah berkenaan bagi mengiktiraf sumbangan dan dedikasi warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam melaksanakan tugas.

Menurut Dato’ Johary Anuar setiap penerima diberi Sijil Simpanan Premium (SSPN) bernilai RM1,000 dan sijil penghargaan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Amirudin Shari (dua, kiri) bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya, Dato’ Johary Anuar (dua,kanan) menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBSJ 2021 di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam pada 25 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Tahniah diucapkan dan saya berharap anugerah ini dapat menyuntik semangat penerima untuk terus berkhidmat dengan cemerlang sekali gus mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan warga kerja MBSJ.

“Semoga kejayaan mereka juga menjadi pendorong kepada kakitangan lain untuk terus mempertingkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBSJ 2021 di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam yang  turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Pada masa sama, MBSJ turut meraikan 12 pesara yang berkhidmat selama 25 tahun yang menerima sijil penghargaan, wang saguhati berjumlah RM1,200.

Turut diberi penghargaan lima anggota Skuad Pasukan Tindak Segera (PANTAS) yang melaksanakan tugas penuh dedikasi ketika bah melanda pada Disember tahun lalu.

MBSJ juga mengiktiraf empat atletnya yang mengharumkan nama MBSJ sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui Anugerah Khas Sukan.

Penerima Anugerah Khas Cemerlang 2021 menunjukkan sijil anugerah yang diterima selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBSJ 2021 di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam pada 25 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :