Keadaan unit rawatan rapi (ICU) hospital kerajaan yang merawat pesakit Covid-19. Foto Facebook Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

15,215 kes harian Covid-19 direkodkan semalam, 282 dirawat di ICU

SHAH ALAM, 30 MAC: Sebanyak 15,215 kes jangkitan harian Covid-19 direkodkan semalam kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah yang sembuh semalam adalah 24,154 pesakit, menjadikan kes keseluruhan sembuh setakat semalam adalah 3,920,643 kes.

“Seramai 282 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan daripada jumlah itu, 106 kes di ICU tidak memerlukan bantuan pernafasan dan baki, 176 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiga negeri mencatatkan penggunaan katil ICU tertinggi iaitu masing-masing iaitu Putrajaya sebanyak 67 peratus, Selangor (53 peratus) dan Kuala Lumpur (50 peratus).

“Bagi katil bukan ICU, Putrajaya kekal tertinggi iaitu 89 peratus diikuti Selangor (69 peratus), Melaka (54 peratus) dan Kuala Lumpur (53 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, daripada 906 kes Covid-19 yang dimasukkan di hospital semalam, 348 kes atau 38.4 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5 serta 558 kes atau 61.6 peratus adalah kategori 1 dan 2.

Beliau berkata, pesakit kes kategori serius iaitu 3, 4 dan 5 tetap rendah iaitu 134 kes atau 0.88 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 15,081 kes atau 99.12 peratus.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 7,446 kes (48.94 peratus)
Kategori 2: 7,635 kes (50.18 peratus)
Kategori 3: 60 kes (0.39 peratus)
Kategori 4: 26 kes (0.17 peratus)
Kategori 5: 48 kes (0.32 peratus)

Katanya, dua kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah kluster keseluruhan yang masih aktif setakat semalam sebanyak 214.

Selain itu, 64 kes kematian dicatatkan semalam, termasuk 14 kematian di luar hospital.


Pengarang :