Reaksi kanak-kanak yang mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup mulut semasa membeli juadah untuk berbuka puasa walaupun dalam hujan lebat di Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam pada 13 April 2021. Foto BERNAMA
PBTSELANGOR

16 lokasi bazar Ramadan sekitar Kuala Langat tahun ini

SHAH ALAM, 30 MAC: Sebanyak 16 lokasi bazar Ramadan akan beroperasi di sekitar Kuala Langat pada tahun ini.

Lokasi itu meliputi Banting, Taman Langat Murni, Tanjung Sepat, Taman Seri Medan, Kanchong Darat, Bandar Saujana Putra 1, Kumim dan Taman Banting Baru.

Bazar lain turut beroperasi di Bandar Saujana Putra, Taman Pahlawan, Kampung Batu Laut, Kampung Sungai Lang, Taman Dato’ Hormat, Jalan Laksamana dan bazar Ramadan Kelab Sukan dan Kebajikan MPKL.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat berkata kesemua bazar terbabit beroperasi di bawah seliaan MPKL, Majlis Perwakilan Penduduk, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan Komuniti Penduduk serta Swasta, Kelab Sukan dan Kebajikan MPKL.

“MPKL mengeluarkan permit kebenaran jualan kepada peniaga. Bagaimanapun kebenaran ini tertakluk kepada keadaan semasa Covid-19 dan arahan terbaharu Kementerian Kesihatan (KKM),” kata Dato’ Amirul Azizan Abdul Rahim dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan waktu operasi jualan makanan dan minuman di semua bazar berkenaan bermula jam 3 petang hingga 8 malam.

Pada 17 Mac lalu, EXCO kerajaan tempatan berkata sebanyak 12,578 petak bazar Ramadan di 241 lokasi ditawarkan di seluruh Selangor pada tahun ini bagi meningkatkan peluang penjaja mencari rezeki khususnya dalam keadaan pasca pandemik Covid-19

Ng Sze Han berkata pihak berkuasa tempatan menggiatkan promosi tawaran tapak kepada peniaga, menempatkan peniaga tanpa lesen di petak kosong bazar Ramadan dan menggalakkan kaedah pembayaran tanpa tunai.


Pengarang :