Petugas kesihatan, memberi kaunseling sebelum penerima bersetuju bagi mengambil suntikan pelalian Covid – 19 ketika Program vaksinasi khas guru kafa dan pegawai masjid di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Negeri, Shah Alam pada 22 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

21,483 kes harian Covid-19, 73 lagi kematian direkodkan semalam

SHAH ALAM, 23 MAC: Angka jangkitan harian Covid-19 kembali melepasi paras 20,000 apabila 21,483 kes direkodkan semalam.

Ia adalah peningkatan sebanyak 3,655 kes berbanding hari sebelumnya iaitu 17,828 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes serius tetap rendah iaitu 166 kes atau 0.77 peratus bagi kategori 3, 4 dan 5, manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 21,317 kes atau 99.23 peratus.

“Sebanyak 51 kes kategori 3, 4 dan 5 yang dicatatkan semalam adalah membabitkan individu yang tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi dan 64 kes membabitkan individu yang sudah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak.

“91 kes membabitkan individu berumur 60 tahun dan ke atas, 96 kes mempunyai komorbid dan dua kes membabitkan ibu mengandung,” katanya dalam kenyataan.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 10,455 kes (48.67 peratus)
Kategori 2: 10,862 kes (50.56 peratus)
Kategori 3: 57 kes (0.27 peratus)
Kategori 4: 46 kes (0.21 peratus)
Kategori 5: 63 kes (0.29 peratus)

Sebanyak 73 kes kematian dicatatkan semalam, termasuk 25 kematian di luar hospital manakala 32,561 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh kepada 3,7,45,229 kes.


Pengarang :