Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Dataran Santai @ Ampang Point, Ampang pada 16 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

27,004 kes harian Covid-19, 86 lagi kematian direkodkan semalam

SHAH ALAM, 17 MAC: Sebanyak 27,004 kes harian Covid-19 direkodkan semalam iaitu turun 1,294 kes berbanding hari sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pesakit kategori serius iaitu 3, 4 dan 5 masih rendah iaitu 199 kes atau 0.74 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 26,805 kes atau 99.26 peratus.

Katanya, sebanyak sembilan kluster baharu turut direkodkan, menjadikan jumlah kluster yang aktif setakat semalam kepada 340 kluster.

“Sebanyak 1,669 kes dimasukkan ke hospital semalam dan daripada jumlah itu 674 kes atau 40.4 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 995 kes atau 59.6 peratus adalah kategori 1 dan 2.

“Setakat semalam, jumlah pesakit yang dirawat di hospital adalah 7,856 kes atau 2.6 peratus dan daripada jumlah itu 148 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) tidak memerlukan bantuan pernafasan, manakala 225 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 11,163 kes (41.34 peratus)
Kategori 2: 15,642 kes (57.92 peratus)
Kategori 3:63 kes (0.23 peratus)
Kategori 4: 72 kes (0.27 peratus)
Kategori 5: 64 kes (0.24 peratus)

Sebanyak 86 kes kematian dicatatkan semalam, termasuk 35 di luar hospital manakala 29,450 pesakit dilaporkan sembuh semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh kepada 3,596,453 kes.


Pengarang :