Petugas Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menjalankan kerja pembersihan di laluan persimpangan Kuchai ke Bangsar dan Subang Jaya yang dilanda banjir pada 7 Mac 2022. Foto Facebook Lebuhraya NPE
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

300 mangsa banjir dipindah ke lapan pusat pemindahan

SHAH ALAM, 7 MAC: Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di negeri ini menempatkan 300 mangsa banjir setakat 8.30 malam tadi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jumlah mangsa itu terdiri daripada 56 keluarga.

PPS berkenaan ialah Dewan Camelia Seksyen 10, Sekolah Kebangsaan Puchong Indah, Dewan Batu 3, Dewan Kampung Seri Aman, Dewan Puchong Jaya, Dewan MPS Kampung Melayu Sri Kundang, Dewan PJS 2C/6 dan Dewan PJS 1/35.

“Skuad Pantas Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah digerakkan ke Kampung Tengah, Kampung Baru Seri Kembangan, Taman Kinrara 1, Taman Kinrara 4 and Puncak Jalil 8 di Seri Kembangan untuk membantu,” katanya menerusi Twitter.

Banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur, berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial.

Perkara itu berlaku selepas hujan lebat sejak 3 petang dan antara kawasan terjejas di negeri itu ialah Bandar Baru Sungai Buloh, Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang dan Kampung Melayu Sungai Serai, Batu Arang.


Pengarang :