Mazwan Johar menyerahkan baucar kembali ke sekolah dan kelengkapan persekolahan kepada pelajar serta ibu bapa di pejabat Ahli Majlis Zon 16 Majlis Perbandaran Kajang (MPkj), Bangi Sentral pada 20 Mac 2022. Foto Mazwan Johar
ADNBERITA UTAMASELANGOR

300 pelajar di Sungai Ramal terima baucar persekolahan

SHAH ALAM, 23 MAC: Seramai 300 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di kawasan Sungai Ramal menerima baucar bantuan kembali ke sekolah pada Ahad lalu.

Wakil rakyatnya, Mazwan Johar berkata seramai 200 pelajar menerima sumbangan baucar bernilai RM120 setiap seorang.

Manakala 100 pelajar lagi menerima baucar RM100 yang disampaikan oleh Ahli Majlis MPKj Zon 16, Bukhari Bachok.

“Setiap penerima juga menerima set beg sekolah, peralatan tulis, pelitup muka, diari dan kalendar meja.

“Baucar yang diterima boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membeli pakaian sekolah atau lain-lain barang keperluan sekolah daripada kedai yang telah ditentukan dalam Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi,” katanya di Facebook.

Mazwan berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung ibu bapa selepas berdepan pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu.


Pengarang :