EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman menyantuni penghantar makanan selepas program sumbangan p-panggilan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di Dewan MBSA Seri Pagi, Paya Jaras, Sungai Buloh pada 15 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

3,000 peserta RiDE sertai latihan keselamatan, elak risiko kemalangan

SHAH ALAM, 17 MAC: Seramai 3,000 penunggang p-panggilan di Selangor menyertai siri latihan keselamatan bagi mengelak risiko kemalangan jalan raya.

EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata latihan itu sebahagian manfaat yang ditawar melalui Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).

“Kita memandang tinggi peranan pekerja p-panggilan dalam bersama-sama menjana ekonomi negeri dan mengambil perhatian aspek keselamatan kumpulan pekerja ini.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman menjawab soalan dikemukakan wakil rakyat dalam sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 16 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Jadi, Majlis Sukan Negeri Selangor selaku urus setia RiDE akan menyediakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan sasaran 3,000 penerima tahun ini,” katanya menambah 2,658 penunggang menerima manfaat itu tahun lalu.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Sementa Dr Daroyah Alwi berhubung inisiatif Selangor menyokong penghantar makanan p-panggilan yang berisiko daripada aspek keselamatan.

Menurut Mohd Khairuddin, pihaknya sentiasa membuka ruang kepada agensi lain untuk bekerjasama dalam menjayakan inisiatif itu sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk RM2 juta untuk meneruskan inisiatif RiDE susulan permohonan memberangsangkan dalam kalangan belia penghantar makanan.

Program RiDE menawarkan subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, kursus p-panggilan bernilai RM150 dan caruman Perkeso RM70 setahun.

 


Pengarang :