EXCO Perindustrian Dato’ Teng Chang Khim menjawab soalan dikemukakan wakil rakyat dalam sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 16 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

44 syarikat pembuatan tutup operasi tidak jejas ekonomi negeri

SHAH ALAM, 17 MAC: Penutupan operasi 44 syarikat pembuatan di negeri ini dalam tempoh dua tahun akibat Covid-19 tidak menjejaskan kewangan mahupun ekonomi Selangor.

Ia berikutan syarikat terbabit hanya membayar cukai tanah dan taksiran pada kadar kecil kepada Kerajaan Negeri, jelas EXCO Perindustrian Dato’ Teng Chang Khim.

“Penutupan operasi ini tidak memberi kesan kewangan kepada negeri, namun seramai 835 pekerja tempatan dan 119 pekerja asing diberhentikan,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menjawab soalan wakil rakyat Sungai Ramal Mazwan Johar, beliau menambah mereka yang hilang kerja dibantu melalui program Karnival Kerjaya – Jelajah Selangor Bekerja tahun lalu.

“Ini sekali gus mengatasi kadar pengangguran di Selangor selaras permintaan tinggi dan sambutan menggalakkan berikutan ramai hilang kerja akibat pandemik Covid-19,” jelas Chang Khim.


Pengarang :