Ahli Dewan Negeri Seri Setia, Halimey Abu Bakar berucap ketika Majlis Makan Malam Tautan Kasih DUN Seri Setia di Empire Hotel, Subang Jaya pada 26 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

600 penduduk Seri Setia terima baucar beli-belah Aidilfitri

SUBANG JAYA, 27 MAC: Seramai 600 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia bakal menerima baucar Jom Shopping sempena Aidilfitri akan datang.

Wakil rakyat Halimey Abu Bakar berkata inisiatif bernilai RM100 itu diagih pada minggu kedua puasa bagi membolehkan penerima menyediakan keperluan hari raya.

“Jumlah penerima agak ramai memandangkan populasi penduduk beragama Islam tinggi. Agihan diutamakan kepada golongan berpendapatan rendah.

“Penerima boleh membuat tebusan di Pasaraya Mydin USJ,” katanya ditemui pada Majlis Makan Malam Tautan Kasih DUN Seri Setia di sini malam tadi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan lebih RM2 juta diagih tahun ini menerusi baucar beli belah bagi membantu golongan tertentu menyediakan keperluan hari raya.

Skim berkenaan diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.


Pengarang :