Sebahagian 243 peserta Skim Mesra Usia emas (SMUE) yang menerima baucar Jom Shopping RM100 bagi kawasan Permatang yang disampaikan Rozana Zainal Abidin di Pasaraya Best Fresh Mart Pasir Penambang. Foto Rozana Zainal Abidin
ADNAGENDABERITA UTAMASELANGOR

ADN: 243 warga emas Permatang terima baucar beli-belah RM100

SHAH ALAM, 23 MAC: Seramai 243 peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang yang lahir bulan ini telah menerima baucar Jom Shopping RM100, kata Ahli Dewan Negerinya (ADN).

Rozana Zainal Abidin berkata agihan secara berperingkat selama dua hari iaitu kelmarin dan semalam itu diberikan di pintu masuk Pasaraya Best Fresh Mart Pasir Penambang mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Secara keseluruhan penerima memberikan penghargaan kepada Kerajaan Selangor atas pemberian baucar Jom Shopping SMUE ini.

“Terima kasih team pusat khidmat masyarakat DUN Permatang diketuai oleh saudara Norhafiz Darusman dalam mengurus dan melancarkan program untuk bulan ini,” katanya di Facebook.

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar beli-belah dan khairat kematian.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk sebanyak RM27.5 juta bagi kelangsungan program tahun ini.


Pengarang :