Wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang bersama pek makanan asas yang bakal diedarkan kepada penduduk di kawasan itu. Foto Facebook YB Rozana Zainal Abidin
ADNAGENDABERITA UTAMANASIONALSELANGOR

ADN Permatang agih 300 pek makanan asas, bantu penduduk dikuarantin

SHAH ALAM, 7 MAC : Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menyediakan sebanyak 300 pek makanan asas kepada keluarga yang sedang menjalani kuarantin di rumah.

Wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin berkata daripada jumlah itu 150 sudah diagihkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Kita mengambil inisiatif ini selepas mengambil kira keadaan penduduk atau keluarga dijangkiti Covid-19 yang perlu menjalani kuarantin diri, menyebabkan mereka sukar mendapatkan barang keperluan asas.

“Jadi, dengan cara ini saya harap ia dapat meringankan beban mereka sepanjang tempoh kuarantin,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata, inisiatif itu akan diteruskan dari semasa ke semasa berdasarkan laporan diterima daripada pihak MPKK dan ketua komuniti kawasan masing-masing.

Selain itu, individu yang sedang dalam tempoh kuarantin dan memerlukan bantuan tersebut juga boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang di 03-3281 2069 atau 010-557 3736.


Pengarang :