Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan berangkat pada majlis bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat sempena peringatan Hari Polis Ke-215, di Masjid Bukit Aman, hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Agong berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena Hari Polis ke-215

KUALA LUMPUR, 24 MAC: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 di Masjid Bukit Aman, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Hussain serta pegawai kanan dan anggota dari semua jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar.

Majlis itu dipimpin oleh Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Bahagian Agama dan Kaunseling) selaku Imam Besar Masjid Bukit Aman, SAC Ghazali Daud.

Majlis itu disertai kira-kira 500 pegawai dan anggota PDRM bersama agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

– BERNAMA


Pengarang :