Kira-kira 20 kenderaan rosak dihempap pokok dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Cyber Valley, Dengkil pada 21 Februari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, angin kencang di Hulu Selangor dan Gombak hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 16 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Selangor dan Gombak, Selangor sehingga jam 2 pagi, Khamis.

Amaran sama turut melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Menurut MetMalaysia, negeri lain adalah Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Gua Musang) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin).

Cuaca sama diramal berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat), Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan, Telupid) serta Labuan.

Manakala Sarawak pula melibatkan Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

 


Pengarang :