MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor dan beberapa negeri hingga jam 6 petang ini.
AGENDA NASIONAL

Amaran hujan lebat, angin kencang di Selangor, beberapa negeri hingga 7 malam

SHAH ALAM, 14 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor hingga jam 7 malam hari ini.

MetMalaysia menerusi Facebook berkata, kawasan terbabit di Selangor adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), selain Kuala Lumpur; Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor; Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah serta Perlis.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah membabitkan pedalaman Kuala Penyu dan Beaufort, kawasan pantai barat iaitu Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud hingga jam 5 petang hari ni.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :