Pasukan Pantas Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menggerakkan usaha menyelamat dan memindahkan penduduk terjejas banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada 7 Mac 2022. Foto Facebook MBSJ
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat berserta ribut di Selangor, KL hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 26 MAC: SHAH ALAM, 26 MAC:  Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor serta Kuala Lumpur sehingga 1 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Kedah (Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) serta Kelantan (Jeli dan Gua Musang).

Amaran turut dikeluarkan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan) serta Negeri Sembilan (Jelebu).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga diramal melanda Sarawak (Kuching, Bau, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Miri dan Limbang), Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) serta Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :