Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut di Hulu Selangor malam ini

SHAH ALAM, 27 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di daerah Hulu Selangor sehingga 1 pagi ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal melanda Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling) serta Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)

Amaran sama dikeluarkan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Jempol), Sabah (Kuala Penyu, Beaufort, Tuaran, Ranau, Kota Belud, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Kudat) serta Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :