Kira-kira 20 kenderaan rosak dihempap pokok akibat hujan lebat dan ribut di Cyber Valley, Dengkil pada 21 Februari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONALSELANGOR

Amaran hujan lebat, ribut di Hulu Selangor malam ini

SHAH ALAM, 26 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di daerah Hulu Selangor sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan itu turut diramal berlaku di Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Amaran sama dikeluarkan di Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera dan Rompin) serta Negeri Sembilan (Jelebu).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda Johor (Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

 


Pengarang :