Kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di sekitar Jalan Kia Peng berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 7 Mac 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut di Lembah Klang petang ini

SHAH ALAM, 29 MAC: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya Lembah Klang sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan kawasan yang dijangka terjejas di Selangor adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal melanda Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau)

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga jam 6 petang ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :